Monday, April 16, 2012

ZON WARISAN TANJONG TOKONG

April 12, 2012 15:23 PM

Zon Warisan Di Tanjung Tokong Mampu Ubah Ekonomi Orang Melayu: Pakar

GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) -- Pakar warisan dan budaya yakin pola ekonomi orang Melayu di perkampungan Tanjung Tokong akan berubah sekiranya kerajaan negeri mempercepatkan proses menggazetkan zon warisan perkampungan Melayu tertua itu.

Datuk Dr Wazir Jahan Karim, pengarah eksekutif Intersocietal and Scientific (INAS), sebuah syarikat perunding warisan, berkata apabila kerajaan negeri telah tetapkan zon warisan yang hendak digazetkan itu, ia membolehkan penduduk melibatkan diri dalam industri pelancongan seperti inap desa dan penghasilan makanan tradisi.

"Dalam tinjauan yang dilakukan secara rambang, ramai penduduk di sini setuju supaya kerajaan gazetkan zon warisan itu, dan mereka setuju untuk terlibat dalam industri pelancongan untuk buat homestay (inap desa) dan jualan makanan tradisi," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Perkampungan Melayu Tanjung Tokong telah wujud sebagai sebuah mukim semasa penubuhan bandar George Town pada tahun 1839 dan dikenali sebagai mukim 18, ia merupakan sebuah penempatan nelayan Melayu tradisional yang terunggul di Tanah Melayu ketika itu.

Wazir Jahan berkata setakat ini kerajaan negeri dan UDA Holdings belum memberikan sebarang maklumat berhubung tarikh dan zon warisan yang akan digazetkan itu.



-- BERNAMA

ADUB DAP WARTAKAN TG TOKONG ZAN WARISAN MELAYU

Berita Utara

July 22, 2008 19:05 PM

Wartakan Tanjong Tokong Sebagai Zon Warisan Melayu, Kata ADUN DAP

PULAU PINANG, 22 Julai (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan negeri mencadangkan agar kerajaan Pulau Pinang mewartakan Kampung Tanjong Tokong sebagai Zon Warisan Melayu dan tidak boleh dibangunkan dengan pembangunan komersil.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) berkata cadangan itu merupakan hasrat Persatuan Penduduk Kampung dengan alasan perkampungan tersebut telah wujud sebelum kedatangan penjajah ke negeri itu.

"Tanjong Tokong adalah warisan terawal yang wujud, ia adalah nostalgia yang wujud di depan mata," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika membahaskan usul terima kasih bagi ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kerana merasmikan persidangan itu semalam.

Teh berkata cadangan bagi mewartakan perkampungan itu juga adalah selaras dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini mewartakan Little India serta beberapa kawasan lain di sekitar Georgetown.

Cadangan itu disokong oleh Mohd Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang bangun mencelah dengan menyatakan persetujuannya bahawa perkampungan itu sewajarnya diwartakan sebagai Zon Warisan Melayu.

-- BERNAMA

KEDAH TUNTUT P.PINANG

KEDAH TUNTUT PULAU PINANG

ADAKAH KEDAH BERHAK TUNTUT SEMULA PULAU PINANG SETELAH PULAU PINANG MENJADI SEBUAH NEGERI YANG BERDAULAT DALAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ATAU MALAYA PADA 31 OGOS 1957

IA KEKAL SEBAGAI SEBUAH NEGERI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA MULAI 16 SEPTEMBER 1963 HINGGA KINI.

IA MEMPUNYAI GABENOR, KEMUDIANNYA YANG DIPERTUA NEGERI, PUNYA KETUA MENTERI DAN BERDIRI SEBAGAI SEBUAH NEGERI SAMA DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA.

PERKARA-PERKARA INI TIDAK MUDAH UNTUK DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA KERANA IA MELIBATKAN PERLEMBAGAAN DAN SEMPADAN NEGERI YANG DIAKUI SEJAK HARI PERTAMA MALAYA MERDEKA ?

Di Disini mari kita dengar apa kata Datuk Wan Shamsudin Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah yang membuat sidang akhbar mendesak supaya Kedah menuntut semula P.Pinang, wilayahnya yang asal sebelum kedatangan Inggeris. Menurut beliau P.Pinang wajar dan wajib dipulangkan semula ke pangkuan pemiliknya yang asal setelah merdeka.

Sama sebagaimana Hong Kong dipulangkan kepada China. Mengikut logiknya semua perjanjian yang ditanda tangani di antara para Sultan Melayu dengan pihak Inggeeris dengan sendirinya terbatal apabila merdeka pada 31 Ogos 1957. Ikuti keterangan lanjut Datuk Dr Wan Shamsudin :


Kembalikan P. Pinang kepada Kedah!

GAPS! Kembalikan P. Pinang kepada Kedah!


Tokoh Sejarahwan Kedah merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof mahu P. Pinang dikembalikan kepada Kedah yang merupakan pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada tahun 1786.

Menurut Datuk Wan Shamsudin, usaha itu lebih penting berbanding dengan menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya.


Baca sepenuhnya di Mummy Rokiah sini.



Pulau Pinang bukan dibuka oleh Sir Francis Light.
... Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu.

"Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya.

Ketibaan Francis Light sendiri yang mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban

Sunday, April 15, 2012

PERIBUMI WARISAN MELAYU DAN ISLAM PULAU PINANG




PERIBUMI WARISAN MELAYU DAN ISLAM P.PINANG
adalah blog yang memperjuangkan kewujudan tapak warisan Melayu dan Islam P.Pinang .

Semasa pengisytiharan George Town bandar raya Warisan Dunia , warisan Melayu telah diketepikan.Tidak seperti Melaka yang memulakannya dengan warisan Melayu diikuti dengan warisan-warisan lain.

Ternyata orang Melayu begitu toleran dengan kaum pendatang dan penjajah sekali pun.Tetap mengakui sumbangan mereka kepada tamadun kita.Adakah ini disebabkan oleh sifat Melayu yang selalu merendah diri. Tetap memandang tinggi kepada orang luar walau pun kedudukan terjejas dan terasing tanpa diambilkira

Bagaimana dengan kedudukan warisan kita sendiri. Adakah kita buta sejarah ? Bahawa sebelum kedatanagn Kepten Light P.Pinang telah dibuka dan menjadi sebahagian daripada kesultanan Kedah. Kaji peta awal nama-nama tempat yang dilakar Inggeris.

Adakah nama China,India, Siam,Burma dan Inggeris sendiri di atas tapaknya.Ini menunjukkan pulau ini telah pun dibuka dan terbuka.Tidak timbul persoalan bahawa Francis Light menemui dan membuka P.Pinang.

Benar Light memulakan pembukaan pelabuhan dan menanam asas pemodenan tetapi ia tetap bukan pembuka P.Pinang. Semasa kedatangan Light Batu Uban telah ada.Batu Uban ialah pelabuhan dan pusat pemerintahan negeri. Sehingga diakui dalam peta terawal Captain Walter Alvis yang mencatatkan
A TOWN WAS HERE - DI SINI ADA SEBUAH BANDAR !

Pulau ini juga telah pun dinamakan PULAU PINANG oleh para leluhur dan peneroka terawal PULAU PINANG . PARA pelayar dan para nakhoda menamakannya PULAU KE SATU.

Menurut cerita lisan yang berpunca daripada Nakhoda Ragam. Seorang nakhoda yang sering berulang alik antara Pulau Pinang dengan Kepulauan Riau. Jadi mereka telah mengenalinya dan termasuk dalam peta pelayaran di Selat Melaka.

Ia adalah salah sebuah pulau yang penting semasa melalui lebuh raya laut Selat Melaka. Ia menjadi tempat untuk berteduh, mengambil perbekalan dan bertemu dengan sanak saudara.