Sunday, April 15, 2012

PERIBUMI WARISAN MELAYU DAN ISLAM PULAU PINANG




PERIBUMI WARISAN MELAYU DAN ISLAM P.PINANG
adalah blog yang memperjuangkan kewujudan tapak warisan Melayu dan Islam P.Pinang .

Semasa pengisytiharan George Town bandar raya Warisan Dunia , warisan Melayu telah diketepikan.Tidak seperti Melaka yang memulakannya dengan warisan Melayu diikuti dengan warisan-warisan lain.

Ternyata orang Melayu begitu toleran dengan kaum pendatang dan penjajah sekali pun.Tetap mengakui sumbangan mereka kepada tamadun kita.Adakah ini disebabkan oleh sifat Melayu yang selalu merendah diri. Tetap memandang tinggi kepada orang luar walau pun kedudukan terjejas dan terasing tanpa diambilkira

Bagaimana dengan kedudukan warisan kita sendiri. Adakah kita buta sejarah ? Bahawa sebelum kedatanagn Kepten Light P.Pinang telah dibuka dan menjadi sebahagian daripada kesultanan Kedah. Kaji peta awal nama-nama tempat yang dilakar Inggeris.

Adakah nama China,India, Siam,Burma dan Inggeris sendiri di atas tapaknya.Ini menunjukkan pulau ini telah pun dibuka dan terbuka.Tidak timbul persoalan bahawa Francis Light menemui dan membuka P.Pinang.

Benar Light memulakan pembukaan pelabuhan dan menanam asas pemodenan tetapi ia tetap bukan pembuka P.Pinang. Semasa kedatangan Light Batu Uban telah ada.Batu Uban ialah pelabuhan dan pusat pemerintahan negeri. Sehingga diakui dalam peta terawal Captain Walter Alvis yang mencatatkan
A TOWN WAS HERE - DI SINI ADA SEBUAH BANDAR !

Pulau ini juga telah pun dinamakan PULAU PINANG oleh para leluhur dan peneroka terawal PULAU PINANG . PARA pelayar dan para nakhoda menamakannya PULAU KE SATU.

Menurut cerita lisan yang berpunca daripada Nakhoda Ragam. Seorang nakhoda yang sering berulang alik antara Pulau Pinang dengan Kepulauan Riau. Jadi mereka telah mengenalinya dan termasuk dalam peta pelayaran di Selat Melaka.

Ia adalah salah sebuah pulau yang penting semasa melalui lebuh raya laut Selat Melaka. Ia menjadi tempat untuk berteduh, mengambil perbekalan dan bertemu dengan sanak saudara.

No comments:

Post a Comment