Monday, April 16, 2012

ZON WARISAN TANJONG TOKONG

April 12, 2012 15:23 PM

Zon Warisan Di Tanjung Tokong Mampu Ubah Ekonomi Orang Melayu: Pakar

GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) -- Pakar warisan dan budaya yakin pola ekonomi orang Melayu di perkampungan Tanjung Tokong akan berubah sekiranya kerajaan negeri mempercepatkan proses menggazetkan zon warisan perkampungan Melayu tertua itu.

Datuk Dr Wazir Jahan Karim, pengarah eksekutif Intersocietal and Scientific (INAS), sebuah syarikat perunding warisan, berkata apabila kerajaan negeri telah tetapkan zon warisan yang hendak digazetkan itu, ia membolehkan penduduk melibatkan diri dalam industri pelancongan seperti inap desa dan penghasilan makanan tradisi.

"Dalam tinjauan yang dilakukan secara rambang, ramai penduduk di sini setuju supaya kerajaan gazetkan zon warisan itu, dan mereka setuju untuk terlibat dalam industri pelancongan untuk buat homestay (inap desa) dan jualan makanan tradisi," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Perkampungan Melayu Tanjung Tokong telah wujud sebagai sebuah mukim semasa penubuhan bandar George Town pada tahun 1839 dan dikenali sebagai mukim 18, ia merupakan sebuah penempatan nelayan Melayu tradisional yang terunggul di Tanah Melayu ketika itu.

Wazir Jahan berkata setakat ini kerajaan negeri dan UDA Holdings belum memberikan sebarang maklumat berhubung tarikh dan zon warisan yang akan digazetkan itu.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment