Monday, April 16, 2012

ADUB DAP WARTAKAN TG TOKONG ZAN WARISAN MELAYU

Berita Utara

July 22, 2008 19:05 PM

Wartakan Tanjong Tokong Sebagai Zon Warisan Melayu, Kata ADUN DAP

PULAU PINANG, 22 Julai (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan negeri mencadangkan agar kerajaan Pulau Pinang mewartakan Kampung Tanjong Tokong sebagai Zon Warisan Melayu dan tidak boleh dibangunkan dengan pembangunan komersil.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) berkata cadangan itu merupakan hasrat Persatuan Penduduk Kampung dengan alasan perkampungan tersebut telah wujud sebelum kedatangan penjajah ke negeri itu.

"Tanjong Tokong adalah warisan terawal yang wujud, ia adalah nostalgia yang wujud di depan mata," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika membahaskan usul terima kasih bagi ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kerana merasmikan persidangan itu semalam.

Teh berkata cadangan bagi mewartakan perkampungan itu juga adalah selaras dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini mewartakan Little India serta beberapa kawasan lain di sekitar Georgetown.

Cadangan itu disokong oleh Mohd Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang bangun mencelah dengan menyatakan persetujuannya bahawa perkampungan itu sewajarnya diwartakan sebagai Zon Warisan Melayu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment